LAZAT BERKRIM  

Ahad, Oktober 09, 2011

Masa sekolah seronok, kan? Orang kalau boleh nak je buat awak sekolah balik. Sayang betul orang rapat dengan awak lepas awak dah kena buang sekolah, tak cuba sambung balik. Orang pun cuma budak-budak, mana tahu nak tolong awak macam mana. Apa sangatlah yang orang boleh buat. Waktu umur muda orang lain masih sibuk sekolah, awak dah hidup sendiri merantau tempat orang, bekerja. Benda yang buat awak lebih matang dan berpengalaman berbanding budak-budak sebaya. Orang hormat awak cara tu.

Apapun pada orang, zaman sekolah memang seronok. Itulah waktu yang paling seronok dalam hidup orang. Bila Si Mata Helang@Si Bad Boy ataupun nama dia 'M' mula telefon nombor rumah orang, sebagai budak remaja yang tak fikir rumit-rumit orang layankan saja. Dia dapat nombor telefon orang daripada budak kelas orang yang sekampung dengan dia. 

Berbual dengan 'M' memang menghiburkan. Dia spontan, kelakar, dan jenis yang sangat-sangat berkeyakinan. Orang suka. Orang lebih selesa dengan mereka yang jenis orang, cakap terus-terang. Tak ada nak tahan-tahan kontrol sopan nak susun ayat cakap benda yang masyarakat nak dengar je. Dia cakap orang cantik, hehe. Dia kata orang comel, kening orang unik. Kening lebat bercantum. Dia kata dia suka tengok kening orang, suka tengok mata orang. 

Apa yang paling sinonim dengan 'M' adalah seluar upfit/boot cutnya dan juga Curt Cobain. Dia penggila Nirvana! Kadang-kadang kami bual pasal muzik. Kadang-kadang pasal melukis. Dia macam orang, kaki melukis. Kadang-kadang kami bual pasal komik, pasal majalah Ujang. Masa tu tengah hit kisah bersiri 'Blues Untuk Aku'. Heh. Dekat papan tanda sekolah yang tulis senarai nama pelajar ambil PMR tahun 1997 tu, dia tandakan nama orang buat bingkai, lepas tu tulis 'Blues Untuk Kita'. Memang pakai redah je, tak takut dan tak peduli orang nak cakap apa. Yakin dan berani, dan semestinya, nakal. Orang mengaku. Ciri-ciri bad boy yang mudah buat perempuan tertarik. Kalau orang budak perempuan lain yang tak sayang gila pada buah hati sendiri, memang dah boleh cair tangkap cintan. Tapi orang bukan budak perempuan lain, kan? Orang ada awak. Orang tangkap cintan, cuma dengan awak. Zal, Zal, Zal, Zal. Rizal orang. Satu-satunya!
                              

AddThis Social Bookmark Button


BOLEH SAYA JADI KAWAN AWAK?  

Sejak dari tu, mana orang pergi dalam sekolah selalu terserempak dengan dia. Cara dia berjalan, cara dia senyum nakal, memang penuh yakin yang buat dia nampak sangat cool. Masa orang ada kelas kat bangunan dekat asrama, dia datang kacau dengan kawan-kawan. Dengan selamba duduk tepi tingkap mengintai dari luar dan saja pandang orang tajam. Memang Si Mata Helang.

Suatu pagi masa orang baru sampai sekolah dan tengah naik tangga ke kelas, semua orang yang melintas di tangga pandang orang sambil senyum-senyum. Orang pun rasa pelik. Bila sampai kat atas barulah orang tahu kenapa. Besar-besar atas lantai kat depan tangga ada tulisan "Hai *****reisha, boleh saya jadi kawan awak?" Orang tergelak sendiri bila tengok. Patutlah semua orang yang terserempak kat tangga pandang orang senyum-senyum semacam. Sebesar-besar alam nama penuh orang ditulis. Heh. Lepas tu senyum-senyum sajalah pada mereka yang lalu-lalang kat koridor tu sebelum masuk kelas.
         
                            
                                   

AddThis Social Bookmark Button


SALAM PERKENALAN DARI SI 'BAD BOY'  

Selasa, April 19, 2011

Masa dulu-dulu, biasalah tengah remaja. Saham tinggi orang cakap. Selalu je ada lelaki yang bersiul, yang menegur, yang cuba mengayat. Tapi orang anggap semua tu sebagai gurauan biasa. Tak adalah sampai nak perasan nak fikir lebih. Termasuklah budak lelaki tu. Bila orang perasan dia pandang, orang anggap dia tengah pandang orang lain kat belakang orang. Jadi, tak perlulah orang nak peduli sangat. Takkan nak anggap dia minat orang pulak.

Tapi hari tu, masa orang pergi tandas, dia pandang lagi. Memang orang akan nampak dia tiapkali pergi tandas sebab kelas dia dekat kawasan tandas, setentang. Lepas tu, ada seorang budak perempuan dalam kelas dia pergi tandas. Budak perempuan tu tegur orang. Kemudian dia cakap, 'M' kirim salam, sambil tunjuk pada budak lelaki tu yang sedang tersengih nakal berdiri di pintu kelas. Budak perempuan tu cakap, 'M' nak berkenalan dengan orang.

'M' budak tingkatan empat, tua setahun daripada orang. Masa tu orang cuma senyum je dan sempat pandang pada 'M'. Memang dia cool. Seluar sekolah kain jeans, ketat kat pinggang dengan kaki yang besar. Ala-ala dalam kartun Gayour. Masa tu memang trend macam tu. Kat kaki seluar tu pulak ada paku tekan yang pakukan seluar ke kasut dan orang tengok dia berkasut hitam, bukannya pakai kasut sekolah biasa. Tapi, orang pun ke sekolah pakai selipar. Selipar getah tebal yang macam dalam kartun Gayour tu jugak. 

Yang pastinya, gaya dia memang cool habis. Tengok cara dia menyandar di pintu kelas dan tersengih nakal dengan mata yang pandang tepat pada orang. Tajam gila. Macam mata helang. Dengan baju kemeja tak dibutang sampai ke atas, dada terbuka. Imej 'bad boy'.



AddThis Social Bookmark Button


'M'  

Masa memang berlalu cepat sangat. Sekejap je, tahu-tahu dah PMR. Orang tak ambil pusing-sangat. Bukan sebab orang tak peduli pelajaran ke apa, tapi dari dulu belajar tu bukanlah aktiviti kegemaran orang. 

Sebenarnya memori orang untuk tahun 1997 agak kabur. Apa yang orang ingat, hubungan kita berjalan macam biasa. Orang sayang dan makin sayang pada awak, malah orang macam gila kat awak orang rasa. Tiapkali awak melintas tepi rumah orang, mesti orang pandang kot tingkap. Tapi orang nampak awak pun macam tersenyum-senyum. Hehe. Awak pun pandang orang masa awak jalan. Apa yang orang rasa, orang buat, awak pun rasa dan buat sama. Serius, orang rasa memang kita betul-betul sehati sejiwa.

Kat sekolah, semuanya berjalan macam biasa jugak. Orang dengan tiga kawan orang makin kamceng. Mana pergi mesti melekat. Orang suka. 

Satu hari tu, orang pergi tandas dengan kawan-kawan orang. Biasalah, zaman sekolah. Pergi tandas pun 'berjemaah'. Lepas tu ada seorang budak lelaki tu asyik pandang orang je. Memang kebelakangan orang perasan dia selalu pandang dan pernah bersuara kuat depan kawan-kawan dia tanya 'budak ni siapa' masa orang lalu depan dia. Tapi orang tak ambil pot. Diam je buat tak tahu. Budak tu manis, ada gaya. Tapi, pedulikanlah. Tak ada kena-mengena dengan orang, kan? 


AddThis Social Bookmark Button


MUZIUM